Jumaat, 29 Oktober 2010

Teksi o..Teksi

  1. Selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dalam pukul 2130, East membeli kupon teksi di kaunter jualan kupon teksi untuk balik ke rumah. Setelah membayar sejumlah wang, East terus ke teksi yang sabar menunggu kehadiran pelancong samada dari luar atau dalam negara.
  2. Rupa-rupanya teksi bernombor HQ17XX yang dinaiki memang sabar menunggu, pemandu memberitahu bahawa beliau telah menunggu selama 4 jam. Wah 4 jam, cuba tuan bayangkan yang beliau terpaksa menunggu selama 4 jam untuk membawa rezeki balik ke rumah. Bayangkan bagaimana perasaan isteri dan anak beliau yang menanti dengan sabar ketibaan seorang ayah untuk membawa sesuap nasi untuk hari ini dan seterusnya.
  3. Dalam perjalananan, East berboraklah dengan pemandu teksi tersebut, antara dialognya : 'Lamak benar kitak nunggu tek bang' "Macamne lah nak polah, kinek tuk susah, dah ada persaingan dari teksi limosin" 'Kenak' "Iyalah, lamak dah ada sidak limosin, berkurangan dah orang nak makey teksi biasa tuk,mun ekot sidak limosin ne boleh ambik customer di airport" 'Benarkah'(East heran dan tertanya2 dalam hati, benar endak orang tua tuk) "Auk, sampei kinek masih juak berlaku, walaupun dah dikomplen, dahlah penjual dalam airport berkomplot dengan sidak iya" 'Sabar jak kitak bang'. Sepanjang perbualan diiringi dengan latar belakang bunyi batuk si pemandu, hati East terdetik "sakit orang tua tuk"
  4. East membayangkan berada di dalam kasut beliau, hati terasa sayu kerana seorang anak peribumi yang ingin mencari rezeki tetapi tersekat atas kekangan tersebut. Keadaan teksi beliau telah menceritakan segalanya, teksi beliau selesa tetapi seperti tidak diselenggara dengan sempurna.Beliau ada keinginan untuk menukar teksi biasa beliau kepada teksi premium, tapi dengan berterus terang beliau memberitahu yang beliau tidak mampu untuk meneruskan hajat tersebut. 
  5. Sepanjang perjalanan itu juga, East membayangkan betapa penat beliau sehari-hari memandu untuk mencari rezeki, dahlah kat Sarawak belum ada stesen NGV, sedangkan East memandu kereta buatan Nasional (lebih tepat dipasang dalam negara) pun terasa dengan penggunaan minyak apatah lagi beliau.
  6. Harapan East, suatu hari nanti dalam tempoh terdekat ada stesen NGV untuk kegunaan teksi di Sarawak.Bukankah Sarawak pengeluar gas terbesar di Malaysia.   

Rabu, 27 Oktober 2010

Imaginasi lebih penting dari ilmu pengetahuan.


  1. Sahabat sekalian mesti tertanya-tanya kenapa tajuk yang sebegitu rupa telah dipilih oleh saya untuk menjadi karangan pertama saya, sebelum itu kita cuba mengetahui apa itu imaginasi. 
  2. Imaginasi merangkumi penglihatan, fikiran, suara, rasa, sentuhan dan perasaan manusia. Kita dapat menciptakan alam lain di dalam kepala kita ketika kita menggunakannya kerana otak manusia adalah jaringan saraf terkompleks di dunia dan yang memiliki ragam kemampuan yang luar biasa. 
  3. Kanak-kanak adalah makhluk yang gemar, terbiasa atau semulajadi berfikir dengan menggunakan imaginasi. Mereka menggunakan imaginasi, jauh sebelum mereka memiliki kemampuan berbahasa. Sebuah dunia imaginasi, tidak berkompromi dengan kata-kata...ketika bahasa menguasai akal fikiran, kita masih mampu untuk membayangkan sesuatu walaupun tidak logik. Sehinggakan ketika kita melihat, mendengar, merasakan dan mencium apa yang kita fikirkan sedangkan perkara tersebut tidak akan terjadi atau mustahil untuk terjadi. 
  4. Contohnya seorang buta membayangkan buah rambutan berwarna merah, mustahil beliau untuk membayangkan rupa dan warna merah rambutan tersebut secara betul kerana beliau sendiri tidak pernah melihat buah rambutan. Walaupun beliau diajar bentuk dan warna buah rambutan, saya percaya sampai mati pun beliau hanya mampu membayangkannya. 
  5. Pakar neuropsikologi, Ian Robertson pernah berkata " Semakin baik daya imaginasi, biasanya semakin baik dalam mengingati mimpi, melakukan hipnotis dan mengolah kreativiti berfikir. "  Oleh itu, latihlah berimaginasi walau dimana kita berada. Kita dapat membayangkan visual dengan lebih gembira, dari saat kita berada di dalam tandas atau sedang memikirkan hutang menimbun sekali pun. 
  6. Imaginasi tiada batas masa dan ruang kerana kita bebas untuk berimaginasi sedangkan ilmu pengetahuan adalah terhad setakat yang diketahui sahaja. 'O' secara normalnya adalah nombor atau huruf, tetapi dengan imaginasi "O" boleh mejadi apa sahaja seperti, tayar kereta, donut, bola, cincin hatta kapal terbang. Tanpa imaginasi, mustahil manusia mampu ke angkasa lepas kerana dari imaginasi timbulnya mempunyai keinginan dan dari keinginan barulah mencari ilmu pengetahuan.
Imaginasi lebih penting daripada ilmu pengetahuan. – Albert Einstein

*pastikan kita berimaginasi di tempat yang betul kerana takut menjadi Mat Jenin, berangan-angan di tempat yang salah, yang akhirnya nyawa melayang*