- Sahabat sekalian mesti tertanya-tanya kenapa tajuk yang sebegitu rupa telah dipilih oleh saya untuk menjadi karangan pertama saya, sebelum itu kita cuba mengetahui apa itu imaginasi.
- Imaginasi merangkumi penglihatan, fikiran, suara, rasa, sentuhan dan perasaan manusia. Kita dapat menciptakan alam lain di dalam kepala kita ketika kita menggunakannya kerana otak manusia adalah jaringan saraf terkompleks di dunia dan yang memiliki ragam kemampuan yang luar biasa.
- Kanak-kanak adalah makhluk yang gemar, terbiasa atau semulajadi berfikir dengan menggunakan imaginasi. Mereka menggunakan imaginasi, jauh sebelum mereka memiliki kemampuan berbahasa. Sebuah dunia imaginasi, tidak berkompromi dengan kata-kata...ketika bahasa menguasai akal fikiran, kita masih mampu untuk membayangkan sesuatu walaupun tidak logik. Sehinggakan ketika kita melihat, mendengar, merasakan dan mencium apa yang kita fikirkan sedangkan perkara tersebut tidak akan terjadi atau mustahil untuk terjadi.
- Contohnya seorang buta membayangkan buah rambutan berwarna merah, mustahil beliau untuk membayangkan rupa dan warna merah rambutan tersebut secara betul kerana beliau sendiri tidak pernah melihat buah rambutan. Walaupun beliau diajar bentuk dan warna buah rambutan, saya percaya sampai mati pun beliau hanya mampu membayangkannya.
- Pakar neuropsikologi, Ian Robertson pernah berkata " Semakin baik daya imaginasi, biasanya semakin baik dalam mengingati mimpi, melakukan hipnotis dan mengolah kreativiti berfikir. " Oleh itu, latihlah berimaginasi walau dimana kita berada. Kita dapat membayangkan visual dengan lebih gembira, dari saat kita berada di dalam tandas atau sedang memikirkan hutang menimbun sekali pun.
- Imaginasi tiada batas masa dan ruang kerana kita bebas untuk berimaginasi sedangkan ilmu pengetahuan adalah terhad setakat yang diketahui sahaja. 'O' secara normalnya adalah nombor atau huruf, tetapi dengan imaginasi "O" boleh mejadi apa sahaja seperti, tayar kereta, donut, bola, cincin hatta kapal terbang. Tanpa imaginasi, mustahil manusia mampu ke angkasa lepas kerana dari imaginasi timbulnya mempunyai keinginan dan dari keinginan barulah mencari ilmu pengetahuan.
Rabu, 27 Oktober 2010
Imaginasi lebih penting dari ilmu pengetahuan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan