Jumaat, 29 Oktober 2010

Teksi o..Teksi

  1. Selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dalam pukul 2130, East membeli kupon teksi di kaunter jualan kupon teksi untuk balik ke rumah. Setelah membayar sejumlah wang, East terus ke teksi yang sabar menunggu kehadiran pelancong samada dari luar atau dalam negara.
  2. Rupa-rupanya teksi bernombor HQ17XX yang dinaiki memang sabar menunggu, pemandu memberitahu bahawa beliau telah menunggu selama 4 jam. Wah 4 jam, cuba tuan bayangkan yang beliau terpaksa menunggu selama 4 jam untuk membawa rezeki balik ke rumah. Bayangkan bagaimana perasaan isteri dan anak beliau yang menanti dengan sabar ketibaan seorang ayah untuk membawa sesuap nasi untuk hari ini dan seterusnya.
  3. Dalam perjalananan, East berboraklah dengan pemandu teksi tersebut, antara dialognya : 'Lamak benar kitak nunggu tek bang' "Macamne lah nak polah, kinek tuk susah, dah ada persaingan dari teksi limosin" 'Kenak' "Iyalah, lamak dah ada sidak limosin, berkurangan dah orang nak makey teksi biasa tuk,mun ekot sidak limosin ne boleh ambik customer di airport" 'Benarkah'(East heran dan tertanya2 dalam hati, benar endak orang tua tuk) "Auk, sampei kinek masih juak berlaku, walaupun dah dikomplen, dahlah penjual dalam airport berkomplot dengan sidak iya" 'Sabar jak kitak bang'. Sepanjang perbualan diiringi dengan latar belakang bunyi batuk si pemandu, hati East terdetik "sakit orang tua tuk"
  4. East membayangkan berada di dalam kasut beliau, hati terasa sayu kerana seorang anak peribumi yang ingin mencari rezeki tetapi tersekat atas kekangan tersebut. Keadaan teksi beliau telah menceritakan segalanya, teksi beliau selesa tetapi seperti tidak diselenggara dengan sempurna.Beliau ada keinginan untuk menukar teksi biasa beliau kepada teksi premium, tapi dengan berterus terang beliau memberitahu yang beliau tidak mampu untuk meneruskan hajat tersebut. 
  5. Sepanjang perjalanan itu juga, East membayangkan betapa penat beliau sehari-hari memandu untuk mencari rezeki, dahlah kat Sarawak belum ada stesen NGV, sedangkan East memandu kereta buatan Nasional (lebih tepat dipasang dalam negara) pun terasa dengan penggunaan minyak apatah lagi beliau.
  6. Harapan East, suatu hari nanti dalam tempoh terdekat ada stesen NGV untuk kegunaan teksi di Sarawak.Bukankah Sarawak pengeluar gas terbesar di Malaysia.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan